TANDA KUCING TIDAK SIHAT


Kucing ialah haiwan yang sangat berisiko untuk sakit. Terutamanya kucing outdoor. Kadang- kadang pemilik kucing tidak menyedari bahawa kucingnya sedang sakit. Antara tanda- tanda kucing sakit ialah :


1. PERUBAHAN SELERA MAKAN


Kucing yang mempunyai masalah kesihatan tidak mempunyai selera untuk makan. Berkemungkinan kucing mempunyai masalah buah pinggang, kanser atau penyakit serius yang lain.


2. SELALU BERSEMBUNYI

Terdapat kucing akan bersembunyi apabila orang asing menyapa mereka. Namun apabila kucing lebih kerap bersembunyi daripada kebiasaannya bermakna kucing itu sedang mempunyai masalah kesihatan. Ini kerana kucing ingin menyembunyikan kesakitannya daripada tuannya.


3. BULU GUGUR


Kucing mungkin mempunyai masalah kulit, kekurangan vitamin atau lain- lain apabila bulu mereka gugur dengan banyak. Selain gugur, kucing juga mungkin mengalami kudis atau kurap.


BACA JUGA:BERAPA LAMAKAH KUCING HIDUP?

4. NAFAS BERBAU


Nafas kucing yang berbau mungkin menandakan kucing mempunyai masalah gusi atau kerosakan gigi. Ini juga menandakan kucing mengalami masalah buah pinggang.


5. PERUBAHAN BUNYI



Kucing yang pendiam tiba- tiba selalu berbunyi mungkin menandakan kucing tidak sihat. Mungkin bagi admin, kucing tu meminta pertolongan untuk merawat dirinya.


BAGAIMANAKAH UNTUK MEMASTIKAN KUCING KEKAL SIHAT?


Penjagaan kucing yang kurang dipedulikan mengakibatkan kucing sakit. Terdapat cara untuk memastikan kucing kekal sihat.


1. ELAKKAN BERIKAN KUCING MAKAN MAKANAN MANUSIA

Susu lembu, coklat dan lain- lain akan membahayakan kesihatan kucing.

BACA JUGA:MAKANAN YANG BAHAYA UNTUK KUCING

2. INDOORKAN KUCING KITA



Kesihatan kucing indoor lebih baik daripada kucing outdoor. Namun biarkan kucing itu keluar bersiar- siar secara berkala ya :)

3. BUAT PEMERIKSAAN KUCING SECARA BERKALA



Doktor haiwan atau veterinar akan memeriksa tahap kesihatan kucing kita.


KESIMPULAN

Kucing merupakan haiwan yang sangat berisiko untuk sakit. Sebagai pemilik kucing, kita perlulah mengambil berat tentang kesihatan kucing. Jika kucing sedang sakit, perlulah kita mencari jalan untuk merawat kucing kita.