SENARAI NAMA- NAMA KUCING YANG POPULAR DI MALAYSIA


 NAMA- NAMA KUCING YANG POPULAR DAN DI MALAYSIA 


Sebagai seorang pemelihara kucing, kita mestilah memberikan nama kepada kucing kita. 


Di Malaysia, terdapat beberapa nama kucing yang popular dan digunakan oleh banyak pemilik kucing seperti:


1.OYEN



Nama ini sangat popular untuk kucing berwarna oren. Nama ini diambil daripada perkataan oren iaitu warna kucing. Ini sangat sesuai untuk kucing yang berwarna oren.


2. TAM



Nama ini khas untuk kucing berwarna hitam. Nama ini juga boleh ditukar kepada Pak Tam( jika jantan), Mak Tam( jika betina), Che Tam dan lain- lain. Nama ini merupakan singkatan bagi perkataan hitam iaitu warna kucing.


3. UTEH



Nama ini sesuai untuk kucing berwarna putih. Uteh merupakan singkatan bagi perkataan putih. 


4.ABU




Nama singkatan bagi perkataan kelabu. Ia sesuai sinamakan untuk kucing berwarna kelabu.


5. ADIK



Lawak tapi popular. Nama ini tidak mengikut warna kucing. Ia sesuai untuk dinamakan ketika kucing masih kecil. 


6.COMOT




Nama yang sesuai untuk kucing calico dan tortoiseshell. Ia juga sesuai untuk kucing yang mempunyai lebih dari satu warna.


BACA JUGA:PERBEZAAN DAN PERSAMAAN KUCING CALICO DAN TORTOISESHELL


7.MUEZZA



Kebanyakan orang islam menggunakan nama ini kerana ia merupakan nama kucing Nabi Muhammad SAW. Nama ini sesuai tanpa mengira warna.